Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat datang ke laman web Pusat Pembelajaran Multimedia dan Digital (PPDM), Universiti Selangor.

PPDM ditubuhkan pada April 2014 dan dibawah seliaan Pejabat Timbalan Naib Canselor AkademikPPDM bertanggungjawab untuk menyediakan persekitaran Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (Student Centered Learning) dengan menggunakan medium Teknologi Web secara online untuk penambahbaikan aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Ia sejajar dengan Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) yang digubal dan kuatkuasakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Peranan utama PPDM ialah menyediakan kemudahan pembelajaran secara online kepada staf akademik dan juga para pelajar. Disamping itu juga, PPDM turut mengadakan bengkel-bengkel yang berkaitan dengan penggunaan dan pembangunan kandungan pengajaran dan pembelajaran. Pihak UNISEL mensasarkan penggunaan yang optimum aplikasi e-Pembelajaran sekurang-kurangnya 80% menjelang 2016. 

Sehubungan dengan itu, diharapkan dengan kewujudan PPDM, aktiviti pengajaran dan pembelajaran di  UNISEL menjadi semakin menyeronokan dan kreatif seterusnya meningkatkan kualiti akademik dikedua-dua pihak iaitu staf akademik dan juga pelajar.

Sekian.

PROF. MADYA DR. TENGKU SHAHROM TENGKU SHAHDAN
PENGARAH PPDM





Last modified: Friday, 2 September 2016, 12:02 PM